Khamis, 1 September 2016

cerita raya 2014 part 2

Tadaaa... Sambungan Dari part 1.. Giler lama kan? Tu la.. Tenet ni super duper lembs lak.. He he.. Tenet jugak Ku salahkan.. Alhamdulillah.. Raya pertama kami sangat happy walaupun encik suami xde.. Walaupun terpaksa beraya dengan si Kecik jer.. Nasib la pagi raya si Kecik x wat hal.. Bgn pgi elok jer.. Hensem gitu.. Hahaha..



Lepas solat sunat raya.. Kami bermaafan duly dengan semua Mak ayah Dan Adik beradik.. Cam biasa la.. Semua org Buat.. Pas tu APA lagi.  Pakat berselfie LA.. He he..

Raya ni xbnyk berjalan sangat kat kedah sebab ramai sedara mara datang rumah..kena tunggu rumah jer.. Sempat berjalan raya pertama je. Tu pun bawak si kecik ziarah nenek dia.. Pas tu balik kampung tok wan dia.. Raya sana lak..

Raya ketiga batu encik suami sampai kampung.. Siang hari memang berjalan jer.. Tengah malam kitorang terus gerak balik taiping sebab esoknye adik ipar nak bertunang.. Kira macam rushing skit LA.. He he..

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar.. Ramai sedara Mara yang balik.. Sangat happening.. Sedara sebelah suami ramai.. Memang meriah LA raya kat Taiping.. He he.. Ok..

Tu LA Serba sedikit cerita raya kami.. Simple tapi sangat hepi.. Nah.. Kitorang belanja picture raya.. He he..

Yg nak order Shaklee boleh kol,SMS or whatsapp terus.. Kedai bukak 24 jam sehari.. He he

Natrah:01133542186

Sabtu, 5 Mac 2016

Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus Shaklee


Peppermint Ginger Plus Shaklee cukup dikenali sebagai agen membuang angin dari badan. Banyak kelebihan Peppermint Ginger Plus ni. Wajib ada di setiap rumah kerana ia sangat-sangat membantu ketika dalam kecemasan. Antara masalah yang dapat diatasi dengan Peppermint Ginger Plus ini adalah:-


  •  wanita hamil yang mempunyai alahan seperti morning sickness dan loya-loya
  •  mereka yang mempunyai masalah mabuk laut dan darat
  •  mereka yang mempunyai masalah gastrik dan angin banyak dalam badan
  • atasi masalah kembung perut
  • atasi masalah pencernaan
Peppermint Ginger Plus diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan bukan dari bahan sintetik. ianya juga telah lulus ujian klinikal dan terbukti dapat atasi masalah berkaitan angin di dalam badan. ada 4 jenis herba dari Barat dan Timur yang digunakan dalam penghasilan Peppermint Ginger Plus ini. Ianya adalah:-


Pudina (Peppermint)


  • melegakan otot perut. ia juga mempunyai kesan penenang
  • membantu sistem penghadaman
  • membantu mengurangkan mabuk laut dan darat
  • membantu melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit
  • ia juga membantu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang datang dari kesan kimoterapi
  • ia juga merangsang pengeluaran peluh, ia membantu menyekat demam apabila seseorang itu selsema
  • rasa sejuk dan segar dari pudina membantu memelihara pemikiran yang lebih jelas serta meningkatkan tahap fokus

Halia

  • merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan
  • melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual angin ketika hamil serta selepas melahirkan anak
  • satu kajian di United Kingdom mengatakan halia membantu menghalang berlakunya muntah selepas pembedahan



Pokok Adas (fennal)


  • orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan masalah kembung perut. ia membantu melegakan sakit perut, dan gejala selsema
  • ia juga membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus

Cekur Manis (anise)

  • digunakan oleh orang-orang Mesir purba. ia melegakan masalah pencernaan dan gejala senggugut, batuk dan kahak
  • merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit
  • melegakan haba di musim panas dan lembab
  • memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Berminat untuk order? boleh terus hubungi saya:-

Facebook: Natrah Arshad
Ig: kedai_vitamin_natrah
sid:1075486  
Whatsapp: 01133542186


Khamis, 11 Februari 2016

KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Kebaikan Ostematrix Shaklee




Ostematrix merupakan salah satu makanan tambahan yang membantu menambah kalsium dalam tubuh badan kita. Semakin meningkat umur kita, kalsium dalam badan juga semakin berkurang. Mari kita lihat apa peranan kalsium didalam tubuh badan kita.

Manfaat Utama Ostematrix



★ Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi serta sistem saraf. Ia juga membantu merawat masalah tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

★ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, krkejangan, sakit sendi dan arthiritis.

★ Meringankan stress

Ia membantu mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

★ Memperbaiki masalah haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

★ Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

★ Vitamin D

Dinamakan Vitamin D pada tahun 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement Vitamin D.

★ Magnesium

Magnesium merupakan antara ion positif yang oenting did dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk m3nghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata penyakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

★ Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthiritis.

Cara memilih kalsium yang bagus

♥ Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan magnesium
♥ Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk elakkan keracunan plumbum.
♥ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Keistimewaan Ostematrix Shaklee

Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari muneral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplement kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Sebotol Ostemattix mengandungi 120 biji.. tahan 3-4bulan... berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya:-

Facebook: Natrah Arshad
Whatsapp: 0132653734
Tel: 01133542186
Email: natrah131@gmail.com

Sabtu, 12 Disember 2015

Keistimewaan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia juga boleh diamalkan oleh setiap ahli keluarga darioada ibu bapa sehinggalah ke anak-anak.



KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK SEMUA

♡ Omega 3 adalah asid lemak oenting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
♡ Sumber EPA dan DHA terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
♡ Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

KELEBIHAN OMEGA 3 DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE

♥ Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. (Sardin, mackerel, herring, dan anchovies)
♥ Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
♥ Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
♥ Sangat berbeza daripada produk Omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya mjnyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
♥ 1 kapsul Omega Guard Shaklee m3ngandungi 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.
♥ Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
♥ Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadminium, dioksin dan PCB.



26 MANFAAT OMEGA 3 DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE

■ Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
■ Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
■ Mencegah salur darah dari tersumbat
■ Omega 3 dapat mengelakkan strok
■ Mengekalkan tekanan nirmal darah
■ Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
■ Mengurangkan sakit kepala
■ Merendahkan kolesterol
■ Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
■ Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
■ Mengawal masalah obesiti
■ Mengurangkan risiko sakit jantung
■ Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
■ Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
■ Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
■ Membantu menyihatkan paru-paru
■ Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, proriasis dan lain-lain
■ Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis SLE (lupus erythematosus)
■ Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
■ Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
■ Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
■ Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
■ Memelihara fungsi-fungsi sendi
■ Mencegah penyakit gout



Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

★ Mencegah imsomnia
★ Mengurangkan tekanan emosi
★ Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
★ Membantu memperbaiki masalah autism
★ Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
★ Mengurangkan masalah schizophrenia
★ Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

SIAPA PERLUKAN OMEGA 3???

□ Warga emas
□ Pesakit jantung
□ Wanita
□ Wanita yang telah melahirkan anak
□ Pesakit darah tinggi
□ Orang yang selalu lupa
□ Kanak-kanak berusia 1 tahan dan ke atas
□ Pelajar
□ Ibu menyusu
□ Ibu hamil
□ Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Kuantiti: 90 kapsul
Harga: RM136.00

Bagaimana cara untuk dapatkan Omega Guard Shaklee ini?? Anda boleh terus hubungi saya melalui:-

Whatsapp: 01133542186
Email: natrah131@gmail.com
Facebook: Natrah Arshad
IG: kedai_vitamin_natrah
S.I.D: 1075486



Jumaat, 13 November 2015

Kebaikan Herb Lax Shaklee

Assalammualaikum... hari ni saya nak bercerita tèntang kebaikan dan kelebihan Herb Lax Shaklee untuk semua.. Herb Lax berfungsi sebagai detox. Ia membantu mencuci usus bagi mereka yang ingin kurus serta sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit.



MANFAAT UTAMA HERB LAX SHAKLEE
♡ pembersihan najis yang tersekat
♡ merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
♡ membantu masalah sembelit
♡ tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus. (Natural howel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
♡ mengempiskan perut
♡ memejalkan perut



SUMBER-SUMBER HERBA SEMULAJADI YANG TERDAPAT DALAM HERB LAX SHAKLEE
♥ Buckorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
♥ Licorice root - membantu proses detoksifikasi
♥ Fennel Seeds - mengeluatkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
♥ Anise Seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
♥ Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
♥ Blue malver flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
♥ Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
♥ Alfalfa Leaf - membersihkan usus, darah dan hati
♥ Senna Leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

SIAPA YANG MEMERLUKAN HERB LAX SHAKLEE
★ Mereka yang merupakan pengguna tegar ubat tahan sakit
★ Mereka yang ada masalah pembuangan kurang lancar
★ Mereka yang banyak jerawat
★ Pesakit gout
★ Mereka yang ingin bersihkan usus

LAIN-LAIN MANFAAT
Memudahkan fungsi usus
☆ Menghilangkan jeragat
☆ Mengurangkan bau badan

Sebotol Herb Lax Shaklee mengandungi 120biji tablet.. harga retail rm52.50 untuk sebotol.. untuk dapatkan diskaun bokeh terus hubungi saya.. :-)

Whatsapp : 01133542186
Facebook : Natrah Arshad
S.I.D : 1075486
Email: natrah131@gmail.com


Selasa, 13 Oktober 2015

Garlic Complex Shaklee

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ni nak cerita pasal Garlic atau Bawang Putih.. Sape suka bawang putih?? Saya suka.. suka letak dalam masakan.. kalau stok habis cepat2 topup..

Ada jugak yang suka makan mentah.. buat ulam jer.. tapi tak semua orang boleh makan macam tu ajer.. sebab bau dia yang menusuk tu salah satu puncanya..

Ok la intro tu.. panjang2 sangat orang malas nak baca.. jom kita teruskan ke topik utama kita.. iaitu KEBAIKAN DAN KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE ni..

KEBAIKAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESIHATAN TUBUH

♥ meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint
♥ merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertinhkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjanhkit seperti selesema, kukat, kuman, virus dan yis candida
♥ membantu masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
♥ menigkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser, gastrik dan ketidakhadaman.
♥ menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic Complex sehari selepas makan. Gatlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
♥ melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
♥ membantu menurunkan paras kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darahm mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
♥ membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium + germanium + acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
♥ mengelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
♥ membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
♥ Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.
♥ mampu melawan bakteria dari semua jenis jangkitan pada:-
     ★ kerongkong dan telinga (throat & ear infection)
     ★ perut memulas (stomach upset)
     ★ cirit birit (diarrhea)
     ★ bronkitis
     ★ luka-luka (infected wounds)
     ★ jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong,           gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya



KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee ialah ianya diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex Shaklee dilakukan pada suhu terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. Tidak semua Garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organasulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh.

KEISTIMEWAAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

■ pengekalan 100% Allivin aktif
■ dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
■ perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint
■ mengandungi pelbagai jenis Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan garlic dalam tubuh. Kebiasaan Vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah Y-tocopherol
■ setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak gatlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar
■ merupakan antibiotik 100% semulajadi tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan

Saiz hidangan : 2-4 biji sehari selepas makan
Harga : RM 47.50
Kuantiti : 60 tablet

Jika ingin mendapatkan Gatlic Complex Shaklee ini, anda boleh terus hubungi saya melalui:-

Whatsapp : 01133542186
Facebook : Natrah Arshad

Khamis, 8 Oktober 2015

DTX COMPLEX SHAKLEE

Assalammualaikum semua dan Salam Sejahtera..
Hari ni nat nak ceritakan serba sedikit tentang kebaikan dan kelebihan DTX COMPLEX SHAKLEE..


Ramai yang tak perasan tentang kewujudan DTX COMPLEX ni sebab ia jarang disebut kerana ia bukanlah supplement hatian seperti supplement-supplement SHAKLEE yang lain. DTX COMPLEX lebih kepada PENJAGAAN DAN KESIHATAN HATI. Jom kita tengok apa istimewanya DTX COMPLEX ini..


PERBEZAAN DTX COMPLEX SHAKLEE
★ Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX COMPLEX SHAKLEE adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel yang menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
★ DTX COMPLEX SHAKLEE mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dan biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
★ Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan sintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

FORMULASI YANG DIPATENKAN UNTUK DTX COMPLEX SHAKLEE

1. Ekstrak biji benih pokok susu tisel (Milk Thistle Seed)
☆ proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin - kaya          dengan bahan antioksida
☆ melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
☆ merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
☆ mengurangkan kadar kerosakkan hati akibat lebihan alkohol
☆ membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
☆ membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok ( Artichoke)
☆ membina semula sel-sel hati
☆ merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion
☆ membantu fungsi hati. Ia sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice.
☆ membantu oenghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dan membantu mencegah batu karang.
☆ membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
☆ meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - melawan anemia
☆ melawan tumor dan kanser
☆ merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.

4. Kunyit
☆ mengandungi Cucurmin; bahan anti-oksida
☆ meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
☆ mempunyai kesan anti-viral tarhadap HIV

5. Reishi Mushroom (Ling Zhi)
☆ membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser
☆ mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
☆ merawat sindrom keletihan dan kronik
☆ membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra
☆ ekstrak biji benih dan Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
☆ ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contoh: serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hayi boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.

bahan-bahan yang terdapat di dalam DTX COMPLEX


FUNGSI HATI MANUSIA
1. Rembesan hempedu
● cecair rembesan ini disimpan di pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
● hempedu adalah oerlu untuk pencernaan lemak. Ia memecahkan kepada lapisan yang lebih kecil.
● hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,K dan membantu mengasilimasikan kalsium.
 ● hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

2. Bertindak sebagai detoksifikasi
● metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
● hati mengawal metabolisme protein
● untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.
●bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
●oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah
● dengan mengawal tiroksina - hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif.
● penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
● hati mewujudkan GTF (Faktor Toleransi Glukosa) dari kromium dan glutation.
● GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
● gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.
● hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme lemak
● penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
● dimana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Fungsi Hati


Saiz hidangan: 3 biji sehari
Harga: RM155.00 (sebotol)
Kuantiti: 90biji

Testimoni Dtx Conplex Shaklee

Jika berminat untuk dapatkannya boleh hubungi saya melalui:-

Whatsapp: 01133542186
Facebook: Natrah Arshad

Jika anda ingin dapatkan terus di branch.. anda boleh gunakan id shaklee saya.. :-)
SID: 1075486